Wednesday, January 21, 2009

Mesyuarat Pengurusan & Kewangan/2

Tempat : Bilik Akses

Masa: 11.30-2.00 tengah hari

Peringatan untuk Ketua-Ketua Panitia

E-Mel masing-masing perlu dikemas kini.

Pencerapan 1 bermula sekarang.

Mesyuarat peringkat panitia mesti dijalankan secepat yang mungkin.

Tuesday, January 13, 2009

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Perhatian kepada semua ketua panitia KHB
  1. Pastikan dokumen berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran (Kemahiran Hidup Bersepadu) KHB disimpan dan dirujuk:
    • Dokumen Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu - Kemahiran Teknikal (76/2) Mulai PMR 2008.

    • Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu - Ekonomi Rumah Tangga (77/2) Mulai PMR 2008.

    • Dokumen Pentadsiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu - Pertanian (78/2) Mulai PMR 2008.

    • Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu - Perdagangan dan Keusahawanan (79/2) Mulai PMR 2008.
  2. Semua calon yang mengambil mata pelajaran KHB di Tingkatan 1, 2, dan 3 dikehenadaki melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan mata pelajaran yang dipilih.
  3. Pihak sekolah hendklah melantik guru yang mengajar mata pelajaran KHB berkenaan sebagai pentaksr untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
  4. Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) seperti berikut:
    Tingkatan 1 – Januari hingga Disember 2007
    Tingkatan 2 – Januari hingga Disember 2008
    Tingkatan 3 – Januari hingga Julai 2009
  5. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Kemahran Hidup Bersepadu adalah berasaskan empat (4) modul. Calon yang mengambil PMR 2009 perlu melaksanakan Modul 1 semasa di tingkatan 1 di tahun 2007, odul 2 dan Modul 3 semasa di Tingkatan 2 di tahun 2008 dan Modul 4 semasa di Tingkatan 3 di tahun 2009.
  6. Peruntukan markah untuk setiap Modul ialah 10%. Jumlah markah PBS ialah 40%.
  7. Jumlah markah (daripada 40%) sahaja akan dilaporkan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  8. Borang Pentaksiran Individu dan sesalinan Borang Pentaksiran Kelompok hendaklah disimpan di tempat selamat dan berkunci di sekolah untuk tujuan rujukan dan sebagainya.
  9. Patuhi Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diberikan dalam Jadual berikut:
BilPerkaraTarikh Tindakan

1

Tempoh Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) - Tingkatan 3

2 Januari – 31 Julai

Sekolah

2

Kemasukan markah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menggunakan aplikasi Sistem Kemasukan Markah Kerja Kursus (SKMKK) PMR 2009

2 – 7 Ogos

Sekolah

3

Serah disket markah dan cetakan markah ke PPD/PPB/SPP JPN

10 – 11 Ogos

Seklah/PPD/PPB/SPP JPN

4

Serah salinan cetakan markah dan disket Markah ke LPM

20 – 22 Ogos

SPP JPN