- Pastikan dokumen berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran (Kemahiran Hidup Bersepadu) KHB disimpan dan dirujuk:
- Dokumen Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu - Kemahiran Teknikal (76/2) Mulai PMR 2008.
- Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu - Ekonomi Rumah Tangga (77/2) Mulai PMR 2008.
- Dokumen Pentadsiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu - Pertanian (78/2) Mulai PMR 2008.
- Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu - Perdagangan dan Keusahawanan (79/2) Mulai PMR 2008.
- Semua calon yang mengambil mata pelajaran KHB di Tingkatan 1, 2, dan 3 dikehenadaki melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan mata pelajaran yang dipilih.
- Pihak sekolah hendklah melantik guru yang mengajar mata pelajaran KHB berkenaan sebagai pentaksr untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
- Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) seperti berikut:
Tingkatan 1 – Januari hingga Disember 2007
Tingkatan 2 – Januari hingga Disember 2008
Tingkatan 3 – Januari hingga Julai 2009 - Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Kemahran Hidup Bersepadu adalah berasaskan empat (4) modul. Calon yang mengambil PMR 2009 perlu melaksanakan Modul 1 semasa di tingkatan 1 di tahun 2007, odul 2 dan Modul 3 semasa di Tingkatan 2 di tahun 2008 dan Modul 4 semasa di Tingkatan 3 di tahun 2009.
- Peruntukan markah untuk setiap Modul ialah 10%. Jumlah markah PBS ialah 40%.
- Jumlah markah (daripada 40%) sahaja akan dilaporkan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Borang Pentaksiran Individu dan sesalinan Borang Pentaksiran Kelompok hendaklah disimpan di tempat selamat dan berkunci di sekolah untuk tujuan rujukan dan sebagainya.
- Patuhi Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diberikan dalam Jadual berikut:
Bil | Perkara | Tarikh | Tindakan |
---|---|---|---|
1 | Tempoh Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) - Tingkatan 3 | 2 Januari – 31 Julai | Sekolah |
2 | Kemasukan markah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menggunakan aplikasi Sistem Kemasukan Markah Kerja Kursus (SKMKK) PMR 2009 | 2 – 7 Ogos | Sekolah |
3 | Serah disket markah dan cetakan markah ke PPD/PPB/SPP JPN | 10 – 11 Ogos | Seklah/PPD/PPB/SPP JPN |
4 | Serah salinan cetakan markah dan disket Markah ke LPM | 20 – 22 Ogos | SPP JPN |
No comments:
Post a Comment